
Heeeyyaaaa Everyone. How are you peeps doing? Hope everyone is in the pink of health. Eceh dah macam menulis essay bercirikan formal letter PMR puleeekkkk. Hee.
Ok ok. Ini tahun aku tak ceritakan pon kan kat korang semua aktiviti raya aku. Ok fine fine. Gua tau ah raya dah abes. Deepavali pon dah selamat diijabkabulkan
(kejadah??) tapi ape gua kesaahh...Gua nak cerita jugak tentang Aidilfitri 2009 gua.
Memandangkan raya ada 30 hari, maka gua akan ceritakan kisah 30 hari raya bersama gua. Hameekk lu. Hah pengsan lah korg membaca kisah 30 hari raya bersama gua dalam masa 1 entry saja. 30 in 1. GuangGuangGuangGuangGuang......
Telenovela Episode 1
Buka Rumah Aidilfitri AJ
Mari kita mulakan dengan acara buka rumah Aidilfitri AJ 2009. Bukan 2008 ye. 2008 punya buka rumah aku dah ceritakan
di sini. Ini tahun, tahun ini punya cerita. Ok putar belit sungguh ayat aku.
Tahun ni acara buka rumah aku ada banyak kelainan. Ayat seperti biasa takleh blah.
Antara kelainannya adalah for the very first time bhai, aku buat acara
buka rumah pada siang hari. Selalunya aku buat time malam kerna malam itu indah bak seri wajah bulan purnama. AJ kau nak penampar?
Selain itu, kelainan binti keajaiban yang laen adalah gff aku yang kira wajib hadirkan diri dalam majlis buka rumah AJ
(tlg lempang) ini setiap tahun adalah tidak datang. Oh beliau adalah Farah Nadia Daud dan Munirah Mokhtar
(siap nama bapak kau). Oh kenapa mereka tidak hadir?? Kerna mereka perlu kembali bekerja seperti sediakala sementara aku dah berhenti kerja. Huh??? Apekah?? Ok wakenabeb saja.
Baiklah. Kelainan laen adalah untuk
pertama kali rakan-rakan sekolah rendah lelaki datang beraya rumah aku setelah aku bergelar anak dara ini. Ya Allah muntah skang! Tapi yang datang adalah rakan-rakan lelaki. Siapa kata AJ playgirl meh sini aku tampar! Kerna rakan-rakan rapat perempuan masa sekolah rendah masih melanjutkan pelajaran di luar negara, ada yang wajar bekerja
(rujuk kepada Farah Nadia), dan ada yang lost kontek. Lost yang dah takkan faun lagi dah.
Seterusnya, kelainan laen adalah buka rumah tahun ni tidak semeriah dulu kerna rakan-rakan yang hadir adalah ciput memandangkan semua pon dah besar dan semua pon sibuk bekerja dan semua pon sibuk dah nak kawen. Hah? Kawen? AJ kau bila? Ok nnti aku tlg jawab. Bawak bersandar.
Kelainan laen lagi,
AJ MASAK TOMYAAAAMMMMM!!!!! Ok sila gelak. HuaHuaHuaHuaaa.....Ok cukup gelak tu. Lebih-lebih aku tumbuk.
Mubin : Tak pernah aku pergi beraya, orang masak tomyam.
AJ : So now kau dah pernahla kan. Haha
Inilah kelainannya bhai. Pernah ke orang buat open house hidang Tomyam??? Lu cakap sket dgn gua. Selalu rendang ayam, rendang daging, rendang rusa kontroversi
(aku dan kwn-kwn je paham) dan juadah wajibulghunnah la kan. Tapi aku?? Well. Aku kan Amazing AJ. First time bhai aku masak utk member-member time raya. Amazing what.......
Eh anda menyampah?? Bawak bersandar. Gua tau lu masih tegar meneruskan sesi pembacaan blog gua. Gua kan gossip girl. Your one resources in this manhattan elite.
&*&$%#&*($#$. Ok kejadahdahmuledah.
Moving on.

Seterusnya, Yan datang dengan Ba serta membawa popia yang digoreng khas utk aku sebab pada malam sebelumnya masa open house beliau aku tak sempat merasa popia hasil gorengan beliau seniri maka beliau tolong sponsor popia pada hari terbabit. Mcm potluck lak dan macam
TAK PERLU KOT KAU NAK EXPLAIN SATU-SATU AJ HOI.... Hehee.
Kelainan yang paling obvious adalah
buka rumah tahun ni adalah tidak meriah. Mungkin kerna Farah and Nira tiada bersama untuk memeriahkan suasana kerna suara mereka yang nyaring sudah cukup untuk bagi 1 taman umah aku tahu bahwasanya AJ sedang buat open house utk kawan-kawan dan jiran-jiran tersentap sbb AJ tak jemput. Kejam kau.
Oh lagi satu kelainan,
Azri yang tak pernah-pernah datang umah aku, telah berjaya menjejakkan kaki ke rumah aku dengan jayanya. Semua orang tak percaya dia dah handsome sbb masa skola rendah dulu dia gemuk okay!!! Especially si Mubin la.
Mubin rasa dia paling handsome kot. Sekali Azri lagi handsome terdiam kau. HAHAHAHAHA. Suka aku tengok Mubin tergamam. Kuikui.
Azri --> Baju putih belang biru.
Mubin --> Sedang berdiri.
Yang laen-laen takyah diperkenalkan la. Kikiki
Episode tamat...
Telenovela Episode 2
Buka Rumah Aidilfitri Farid
Fuh baru 2 episode. Tapi jari-jemari aku sudah lembik gemalai. Harus eksersais ditumpukan lebih pada jari dan bukan pada tummy. KuangKuang.
Keesokan harinya kami sekeluarga
(ok tipu) telah dijemput menghadirkan diri ke open house Farid. Main course adalah nasi beriani gam. Ok tipu lagi. Nasi beriani sudeyy.
Tatkala beraya di rumah Farid pon, pelbagai kelainan telah terjadi. Antaranya aku berjumpa dengan kawan-kawan skola rendah yg laen. Aik. Itu je? Kate tadi pelbagai? Macam biasala AJ tipu lagi. Ho Ho Ho

Fizi Ain. Bukan kawan sekelas masa darjah 6 ;p

Nama mereka Luqman & Farid.

Lelaki ini bernama Farid

Ini gf Farid, Ann. HAHAHABESAHAKU

Ereen & Ruhil
Farid : AJ kau jangan balik lagi kau kene lepak umah aku lamalama sbb smalam aku lepak umah kau lama gila.
AJ : Ada jugak laki mcm ni eh. Hahaha.
Baiklah. Episode tamat.
Telenovela Episode 3
Buka Rumah Aidilfitri Yana
Sejurus selepas menghadirkan diri ke rumah Farid, kami bergegas ke rumah Yana. Wah bergegas la sangat kan padahal rilekrilek saja.
Masa kt rumah Yana ni, aku dah bloated teramat okay. Maka makan kueh raya sebijik dua dengan minum air bergelas-gelas. Hahaha. Memang wajarlah aku bloated.


With the host.


No caption sbb aku dah penat. Maka episode tamat di sini.
Telenovela Episode 4
Buka Rumah Aidilfitri AkuTakKenal
After rumah Yana, kitorg gerak ke rumah AkuTakKenalKauSape. hehehe. Maen bedal je ikot dorg pegi umah kawan dorg.
Maka haruslah tiada gambaran yang banyak sbb aku dah sangat teramat lemau gile okay time tu.

Bukan aku yang tangkap. Sekian.

Terjumpa kenalan ketika matrik dahulu.
Episode tamat dengan pantas. Wah bagus!
Telenovela Episode 5
Buka Rumah Aidilfitri Syafiq
Okay kami gerak ke rumah Syafiq selepas maghrib. Dan aku tak mandi tak tukar baju tak apa balik rumah utk melepaskan batuk di tangga semata. Kemudian, Farid & Luqman datang amek aku, pastu teros bergerak wahai demi utk negara. Hidup gerak khas!
Syafiq adalah anak cikgu skola rendah aku! Syafiq adalah seorang Chef! Syafiq masak sangat sedap! Syafiq Syafiq Syafiq! Muncullah kau. Hua Hua Hua

PilihPilihMerekaSingleLagi

Dah macam makanan hotel kau

Chef Syafiq!

Dan aku seorang je wanita. Nanges skang!
Episode tamat. Malas nak cerita sbb dah kekenyangan. Kira tahun ni penuh dgn kelainan sbb aku pergi beraya ke rumah kawan-kawan. Mmg ajaib.
Selalu masa raya adalah masa untuk menghabiskan masa di hadapan kaca TV melayan siaran Lontong & Sambal Azwan Ali heh heh heh
HEH ITU KAN SIARAN MASA KAU SKOLA RENDAH AJ?!!!Macam biasa. Mengikut tema beraya rumah kawan skola rendah semata. Paham?
Ok episode konfem tamat!
Telenovela Episode 6
Buka Rumah Aidilfitri Alwani
Yang ni aku mcm dah tak perlu cerita. Kau orang baca je
di sini. Cukup segala isi serta padat dan jitu.

Cuma aku nak cakap rumah Alwani sangat cantek okay!! Dan aku terpegun. Dan ah kau tgk je la gambar ni.

Ryna si Pembaca Peta.

Kami ade chemistry? Wow!

Ryna-KauTakKenalMmgNakKeneSepak-
Dieyla
Like this picture!


GambarJenakaTaklehBlah
Episode tamat dengan pantas. For more information, please click
here. Iye,
here. Dah click
here? haa bagus bagus. kikiki
Telenovela Episode 7
Buka Rumah Aidilfitri Rozalizda
Yang ini juga aku tak perlu terangkan dgn lebih lanjut kerna mereka telah melakukan tugas masing-masing dgn jayanya okay!
Sila klik
di sini dan
di sini.

Mujur aku tak makan daring rusa kontroversi. Hahaha. Pandai AJ pilih makanan. Tapi masakan melaka memang layan ah. Aku kan suke makan pedaspedas. Sbb tu mulut aku ni pedas. Apekah?


Ciri-ciri bloated

Eh dah tukar baju?


Agak sedey meninggalkan Melaka bandaraya bersejarah. Tapi agak je la. Takdela sedey mane. Hahaha. Eh takdela. Sedeeeyyyyyyy meninggalkan ayam masak asam pedas melaka. Lazat woohh.
Liz, nak laagiiiii..........

Padan muka kene basuh pinggan. Kikikiki
Episode tamat.
Eh belom tamat weeehhh. Minum air jap. Ok kau puasa ye AJ apahal nak minum air. Ok ini baru tamat kisah kat umah Liz. Belom kesinambungannya lagi. Hehehe
Sejurus selepas kembalinya ke Rahmatullah, ish nauzubillah astaghfirullahalazim. Ya Allah panjangkan umur aku serta ampunkan dosa-dosa-dosa-dosa-dosa aku. Amiinn..
Ok ok kite serious skang!
Sejurus selepas bergerak pulang daripada umah Liz, kami pon pergi cari cendol dan durian. Dan kami jumpeeeeeee...Weeehhoooooooooooo...
Kite tgk gamba cendol dulu.

Cendol Stall

Adi Dieyla

Paan Ryna

Alwani Fard
Ok ada satu kejadian yang menakutkan. Oh scary oh!!! Fard diraba oleh orang gilaaa yang duduk kat sebelah aku. Erk, ekceli dia bukan org gila. Cume kurang siuman. Kesian aku tgk brader tu. Dan kami memanggil brader tu Abg Sangap.
Memula brader tu duduk join kt table kitorg. Pastu setelah tokei kedai tu bagi air free sbb tanak brader tu mengganggu ketenteraman kitorg. Pastu brade tu bangun. Pastu tetibe brader tu pegang leher Fard lantas membelai dgn penuh nafsu. Waaahahahahaha Sumpah kitorg cuak dowwhhhh time tu.
Wani dah pegang handbag siapsiap. Aku tergamam menyaksikan okay! Aku risau brader tu nak raba leher each of us. NgaNgaNga. Sumpah cuak dowh kalau ingt balik. Eeeiii scary I tell u!

Tu la
Abg Sangap. Muka harus dicrop. Hehehe. Dan aku sorang je tak bwk bf time tu sebab aku takde bf. HAHAHAHAH. Eh gelak lak. Betol ape. Aku takde bf tp aku ade WF. kuikui.
Pastu next destination adalah Simpang Ampat. Makan duriaann!!!!!

Sehati Berdurian

Durian itu masam!
Sila klik
di sini dan
di sini untuk cerita yang lebih detail.
Aku dah surrender. Penat! Ok dah boleh hembus nafas semua!!! Sadakallahulazim...................
Episode tamat!
p/s:-
Tonight is the night!!! Cuci The Musical here we come!!!! Oh I cant wait anymore!!!till then peeps
xoxo